Pada 11hb Julai, aku telah menyertai satu event paintball kat Bukit Tinggi anjuran HP.. 1st time main benda alah ni.. memang gubra sikit, pasal tak pernah rasa camne kena peluru paintball..
Aku terpilih masuk team A.. perlawanan pertama yang objectifnya cuba bawak lari 2 bendera secepat mungkin ke bunker sendiri.. malangnya, kitorang kalah dengan tipis... tapi puas hati pasal dapat tembak 2 orang (1 kat kepala sorang lawan tengah nyorok & sorang lagi tengah berlari ambik bendera)..
Perlawanan kedua, Vietnam's Camp.. kitorang sebagai defender kena tembak mana2 attackers yang berani datang sebelum diorang dapat sentuh bendera... malang lagi, kalah pasal salah strategi.. patutle kat area aku jaga, sorang pun takde datang.. diorang attack kat sebelah kiri..
Perlawanan ketiga, Conquer the bunker... ni best giler.. macam perang betul.. bila nak keluar je, mesti ada peluru yang datang.. aku kena 2 das masa ni.. tapi peluru banyak lagi, takkan le nak berenti.. last2 team kitorang menang..
Ni antara gambar2 yang sempat aku tangkap...
Encik Jaafar & Irwan tengah relaks sebelum menembak orang..
Wakil tunggal wanita dari OSM, Suraini.. memang hati waja.. objectif: Tembak kepala orang hehe (credit to Encik Jaafar as photgrapher)
Protective head mask... ini le pelindung nyawa anda.. jangan tanggalkan semasa tengah berperang..










0 comments:
Post a Comment